Waktu Solat - Putrajaya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat datang ke portal komuniti k-Masjid yang dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) dan agensinya MIMOS Berhad (MIMOS). Portal ini berfungsi untuk menyatukan masyarakat Islam di Malaysia secara amnya dan mengeratkan silaturahim antara ahli qaryah sesebuah masjid secara khususnya. Tiga perkara yang menjadi fokus utama di dalam portal k-Masjid ini adalah ianya dibangunkan untuk menjadi sumber bagi pembangunan ummah, pusat penyebaran informasi yang tepat dan terkini dan juga sebagai landasan untuk pengurusan masjid yang efisien. Masjid yang berminat untuk menggunakan portal ini boleh menghubungi pihak pengurusan portal ini di alamat dan nombor telefon yang tertera di menu Hubungi Kami di laman utama ini. Individu yang beragama Islam pula boleh berdaftar untuk menjadi ahli qaryah kepada masjid yang telah berdaftar dengan portal ini. Sila klik di ruangan daftar untuk tujuan pendaftaran tersebut.

Untuk berfungsi sebagai sumber pembangunan masyarakat dan ummah, portal ini memberi kemudahan pembayaran zakat melalui internet dengan modul E-Zakat. Modul E-Pusara pula membolehkan ahli qaryah mendapat maklumat mengenai lokasi pusara ahli keluarga dan sahabat handai di masjid tersebut serta kemudahan bagi mereka untuk membuat tempahan lot tanah perkuburan yang berdekatan dengan keluarga mereka sekiranya dibenarkan oleh pihak pengurusan masjid yang berkaitan. Dengan peggunaan modul E-Fakir pihak pengurusan masjid dapat menguruskan maklumat ahli qaryah yang kurang berkemampuan atau fakir miskin di kalangan mereka dan juga membolehkan ahli qaryah masjid tersebut yang menjadi ahli portal ini untuk mencadangkan kepada pihak pengurusan masjid senarai nama mereka yang layak untuk mendapat bantuan daripada pihak pengurusan masjid. Portal ini juga memberi kemudahan kepada individu yang berdaftar dan tidak berdaftar untuk bersedekah melalui internet untuk pelbagai tujuan seperti untuk perbelanjaan fakir miskin, belanja pengurusan dan program masjid, pengubahsuaian masjid dan sebagainya. Sedekah ini diberikan ini akan diuruskan oleh ahli jawatankuasa masjid yang berkaitan.

Sebagai pusat penyebaran informasi yang tepat dan terkini, perkhidmatan yang boleh digunakan termasuklah sistem pengurusan isi kandungan portal dan maklumat dari portal yang berkaitan seperti maklumat daripada pengurusan Lembaga Urusan Tabung Haji, berita semasa, pengumuman penting, forum untuk pertukaran pendapat, sesi soal jawab dan sebagainya. Modul E-Bencana pula membolehkan maklumat mengenai musibah atau bencana boleh disalurkankan kepada ahli portal atau ahli qaryah dengan pantas melalui kiriman SMS dan emel kepada semua ahli yang berdaftar berdasarkan lokasi mereka. Profil ahli qaryah yang disimpan di portal ini pula membolehkan pihak berkuasa dan pihak pengurusan masjid untuk membuat perancangan yang lebih berkesan sekiranya sesuatu bencana atau musibah menimpa ahli qaryah di kawasan masjid yang tertentu.

Portal ini juga mempunyai modul-modul untuk membolehkan pengurusan masjid yang lebih efisien. Sebagai contoh modul E-Pengurusan memberi kemudahan kepada ahli jawatankuasa sesebuah masjid untuk mengatur jadual tugasan dan jadual perkhidmatan di masjid tersebut seperti pengurusan landskap, penyelengaraan masjid, tugasan harian, khairat kematian, program ceramah dan kursus agama dan sebagainya. Modul E-Imam dan E-Kadi memberi kemudahan untuk mengatur jadual harian Imam dan Kadi bagi menyenangkan ahli qaryah untuk berurusan dengan imam dan kadi. Modul E-Sekolah Agama pula membolehkan maklumat pendaftaran, disiplin, peperiksaan, yuran pembayaran pelajar dan staf direkodkan untuk memudahkan pengurusan sekolah agama di sesebuah masjid. Tidak ketinggalan juga portal ini membolehkan maklumat mengenai aktiviti dan program untuk setiap Muallaf yang menjadi ahli qaryah masjid diurus untuk tujuan mengeratkan silaturahim antara umat Islam dan Muallaf di kawasan terbabit. Ini akan dapat memastikan saudara Islam yang baru mendapat bantuan dan bimbingan yang berterusan daripada pihak masjid. Dengan sokongan ini, mereka akan dapat merasa bahawa kehadiran mereka sebagai ahli qaryah disambut baik dan tentunya mereka gembira kerana telah diterima menjadi sebahagian daripada ahli qaryah masjid tertentu.

؟



 

Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All