K-masjid

Password Recovery

Fortgot your password? Don't worry we can deal with it

Masjid Jamek Penaga

Waktu Solat - Putrajaya
Next
Aktiviti Seterusnya
No Aktiviti

Penaga ialah sebuah kawasan penduduk yang terletak di dalam daerah Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seberang Perai Utara (Inggeris: North Seberang Perai), ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besar Pulau Pinang, Malaysia. Ibu pejabat daerah ini terletak di Kepala Batas, dan bandar terbesar ialah Butterworth. Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor, Bagan Ajam, Seberang Jaya, Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Ia merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di wilayah Seberang Perai, kawasan tanah besar semenanjung Malaysia. Nama Penaga diambil daripada nama sejenis pokok iaitu Pokok Penaga yang tumbuh di hutan Malaysia termasuk negara - negara Asean.Penaga terletak di dalam kawasan parlimen Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Penaga terdiri daripada Penaga,Kg. Baru Penaga, Bakar Kapor, Padang Tembusu dan sebahagian dari Permatang Rambai. Selain dari itu, terdapat 2 buah taman perumahan iaitu Taman Penaga yang telah siap di duduki manakala Taman Penaga Permai barusiap pembinaannya. Jumlah anggaran penduduk adalah seramai lebih kurang 20,000 penduduk yang bermastautin di Penaga dengan jumlah rumah sebanyak lebih kurang 1971 buah. Pekan Penaga merupakan pusat ataupun pekan utama di kawasan Penaga dan tumpuan penduduk mendapatkan bekalan harian selain kawasan sekitar yang lain. Penaga terkenal dengan pekan harinya iaitu Pasar Hari Ahad yang telah wujud sejak tahun 1981 manakala Pasar Hari Khamis pula wujud lebih lama sebelum itu semenjak 60 tahun dahulu manakala pasar malamnya pula pada hari Selasa.Terdapat juga Pasar Awam Penaga dan juga Pengkalan Nelayan Sg. Lahar Endin Penaga di mana penduduk setempat boleh mendapatkan ikan segar dari laut. Selain dari itu juga kemudahan rumah ibadat seperti Masjid Jamek Penaga dan Masjid Jamek Bakar Kapor, Pusat Penjagaan Permata KEMAS di Lahar Endin, Padang Awam Penaga, Sekolah Kebangsaan Penaga, Sekolah Menengah Sri Muda dan Sekolah Kebangsaan Penaga Jaya, Pusat Cyber, Medan Selera MPSP di Pekan Penaga dan Medan Selera PERDA di Sg. Lahar Endin. Di sini juga lahirnya tokoh ulama dan korporat yang mana merupakan anak jati Penaga ialah Allahyarham Datuk Haji Adnan B. Hj Hashim (Bekas MUFTI P. Pinang), Alllahyarham Tan Sri Murad B. Mohd Nor ( Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia), Datuk Helmi B. Mohd Nor ( Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom & Pos Malaysia) dan Tan Sri Marzuki B. Mohd Nor (Bekas Pegawai Diplomat-Duta Malaysia di Jepun)



 

Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

>