K-masjid

Password Recovery

Fortgot your password? Don't worry we can deal with it

Masjid Bandar Sri Aman

Waktu Solat - Putrajaya
Next
Aktiviti Seterusnya
No Aktiviti
Rohani sedia galas tanggungjawab demi rakyat
Tarikh Terbit : 19 Mei 2013
 

 

 

 

KUCHING 17 Mei - Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Abdul Karim (gambar) berkata, beliau akan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan sebaik mungkin demi kebaikan rakyat.

 

Meskipun pernah dipilih menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Rohani mengakui tetap tergamam dan kelu lidah sebaik sahaja perkara tersebut diumumkan semalam.

 

"Saya terkejut sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan senarai Kabinet baharu kerana tidak dimaklumkan lebih awal, namun bangga kerana diberi kepercayaan untuk menerajui kementerian ini yang bukan sahaja menjaga golongan wanita malah kebajikan rakyat.

 

"Walaupun saya dan Timbalan Menteri, Azizah Mohamad Dun dari Sarawak dan Sabah, kami akan memastikan perancangan kementerian pada masa depan adalah adil dan meliputi setiap negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Menurut Rohani, pemilihan beliau dan seorang lagi wakil wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak, Nancy Shukri sebagai menteri dalam Kabinet Persekutuan merupakan hadiah kepada rakyat negeri ini yang terus setia menyokong BN.

 

Dilahirkan pada 3 Januari 1955 di Sri Aman, Sarawak, lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Perniagaan Tani dari Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat ini memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching.

 

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga pernah berkhidmat sebagai Penganalisis Pengurusan di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) negeri serta Pengarah Biro Wanita Kementerian Pembangunan Sosial negeri.

 

Naib Presiden Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ini bertanding buat kali pertama di Parlimen Santubong pada 1990 dan kekal sebagai penyandang di kerusi tersebut untuk tiga penggal berturut-turut sebelum berpindah ke Parlimen Batang Lupar mulai 2004.

 

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Rohani terus mempertahankan kerusi Parlimen itu apabila menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Abang Zulkifli Abang Engkeh dengan majoriti 10,964 undi.

 






 
 


Lagi Berita

Sebelum | Berikut
Rekod 1 - 1 dari 1



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All
>