K-masjid

Password Recovery

Fortgot your password? Don't worry we can deal with it

Masjid Bandar Sri Aman

Waktu Solat - Putrajaya
Next
Aktiviti Seterusnya
No Aktiviti
Sarawak haramkan produk ternakan China
Tarikh Terbit : 04 Jun 2013
 

KUCHING 29 Mei - Sarawak mengharamkan produk ternakan ayam dan itik dari China dan negara-negara lain yang mempunyai sejarah selesema burung sebagai langkah pencegahan wabak selesema burung H7N9.

Menteri Pemodenan Pertanian negeri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kerajaan negeri juga melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan di setiap pintu masuk yang diperuntukkan di bawah Program Pemantauan Selesema Burung Kebangsaan.

"Sehingga bulan lalu, sejumlah 51,119 sampel ayam dan itik, burung merpati, puyuh, burung layang-layang, ayam laga dan unggas lain yang telah diambil daripada pasar basah dan ladang telah diuji dan hasil ujian tersebut didapati negatif.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri mengambil langkah menaik taraf Makmal Diagnostik Veterinar di Samarahan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi meningkatkan langkah pencegahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan peringkat kementeriannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alfred Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri memberitahu, makmal tersebut akan memiliki peralatan canggih untuk mengesan jangkitan berbahaya termasuk selesema burung, jangkitan virus Nipah serta batuk kering.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga akan menambah tahap kepakaran tenaga kerja di makmal tersebut dalam jangka masa terdekat.




 
 


Lagi Berita

Sebelum | Berikut
Rekod 1 - 1 dari 1



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All
>