K-masjid

Password Recovery

Fortgot your password? Don't worry we can deal with it

Masjid Raudhatul Ilmiyyah

Waktu Solat - Putrajaya
RM65.61 juta majukan sukan
Tarikh Terbit : 05 Jun 2013
 

RM65.61 juta majukan sukan

MUSA Aman (empat dari kiri) bersalaman dengan wakil-wakil kontinjen dalam majlis perasmian pembukaan Sukan Sabah (Saga) Ke-6 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 3 Jun - Generasi baharu ahli sukan di negeri ini diminta memanfaatkan sepenuhnya peruntukan besar yang disalurkan kerajaan bagi mengharumkan nama negeri di pentas sukan kebangsaan dan antarabangsa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk memajukan bidang sukan dan inisiatif itu jelas terbukti apabila pada tahun ini sebanyak RM65.61 juta diperuntukkan untuk pembangunan sukan di Sabah.

"Kerajaan negeri juga sedia menambah peruntukan untuk memastikan program pembangunan sukan di Sabah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian pembukaan Sukan Sabah (Saga) Ke-6 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini malam tadi.

Yang turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said; Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir.

Seramai 5,624 peserta yang terdiri daripada atlet, pegawai dan jurulatih daripada 25 kontinjen dari seluruh negeri menyertai kejohanan dwi tahunan itu dengan Brunei dan Perlis hadir sebagai kontinjen jemputan.

Dalam kejohanan kali ini juga, sebanyak 818 pingat iaitu emas dan perak, masing-masing 243 pingat dan 332 pingat gangsa akan dipertandingkan bermula semalam hingga 7 Jun ini.

Upacara perasmian gilang gemilang itu diserikan dengan nyalaan obor kejohanan oleh Musa, selain persembahan menarik daripada penari-penari kebudayaan Lembaga Kebudayaan Sabah, penyanyi Najwa Latif, Jimmy Palikat dan One Nation Emcee.

Tambah Musa, atlet di negeri ini bertuah kerana mempunyai banyak kemudahan yang dapat membantu ke arah penyediaan atlet yang lebih mantap.

"Kita mempunyai kemudahan-kemudahan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa yang bukan sahaja digunakan oleh masyarakat awam untuk bersukan dan beriadah tetapi juga sebagai tempat latihan atlet berprestasi tinggi.

"Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan semua peserta supaya bertanding dengan semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi. Tunjukkan semangat berpasukan dan kepimpinan terbaik," ujarnya.




 
 


Lagi Berita

« Sebelum | Berikut
Rekod 2 - 5 dari 5



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All
>