K-masjid

Password Recovery

Fortgot your password? Don't worry we can deal with it

Masjid Raudhatul Ilmiyyah

Waktu Solat - Putrajaya
Cuaca sejuk, SESB batal catuan sehari
Tarikh Terbit : 25 September 2013
 

KOTA KINABALU 27 Sept. - Tiada catuan bekalan elektrik dilakukan oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) semalam seperti diumumkan kelmarin.

Pengurus Besar (Pembahagian) SESB, Ir. Ahmad Fuad Md. Kassim berkata, perkara itu berikutan penurunan penggunaan elektrik dicatatkan adalah menjangkau sebanyak 850MW (megawatt) iaitu permintaan rendah pada beban puncak sehari.

Menurut beliau, cuaca di negeri itu yang mendung dan hujan di beberapa kawasan, mendorong orang ramai mengurangkan penggunaan elektrik di premis dan kediaman mereka.

''Selain itu, kilang-kilang yang mempunyai set janakuasa sendiri, mereka melaksanakan aktiviti pengurusan beban pengguna bagi menampung keperluan bekalan elektrik, sekali gus menyumbang kepada pembatalan catuan semalam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pelaksanaan catuan bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuatkuasa kelmarin, berpunca daripada kerosakan tiga stesen janakuasa bebas (IPP) di Sepanggar yang mengakibatkan gangguan grid Sabah.

Kerosakan itu akibat daripada letupan kecil di IPP Teluk Salut yang menyebabkan bahagian turbin GT22 mengalami kerosakan manakala dua lagi stesen janakuasa iaitu IPP Rugading telah mengalami kerosakan pada hari yang sama serta kebakaran IPP kelolaan syarikat ARL.

Walau bagaimanapun, Ahmad Fuad berkata, pihaknya akan terus memantau keperluan untuk melaksanakan catuan sekiranya perlu, sepanjang tempoh sebulan sehingga masalah tiga IPP itu pulih sepenuhnya.

Katanya, orang ramai yang ingin mengetahui sebarang perubahan jadual catuan boleh melayari laman web SESB iaitu www.sesb.com.my selain menghubungi bilik gerakan.

''Semalam, kita menjangkakan daerah Tawau dan Sandakan yang terpaksa berhadapan dengan kekerapan catuan bekalan elektrik, tetapi rekod kapasiti penggunaan elektrik di dua daerah itu didapati berkurangan. Oleh itu, kita membatalkan catuan bekalan elektrik untuk semalam," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd. Affendy K. Ramin berkata, pihaknya masih lagi menyiasat punca serta kerugian kebakaran tangki minyak janakuasa IPP ARL.

Begitupun, jelas beliau, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur-unsur sabotaj dikaitkan.




 
 


Lagi Berita

Sebelum | Berikut
Rekod 1 - 5 dari 5



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All
>