Waktu Solat - Putrajaya
Kekuatan logo halal Malaysia
Tarikh terbit : 09 Jun 2013
 



ISMAIL Sabri Yaakob mendengar penerangan daripada Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin (dua, kanan) mengenai produk yang dijual dalam bas Pasar Bergerak 1Malaysia di Ibu Pejabat FAMA, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Tajuddin Abdul Rahman (kiri) dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak (dua, kiri). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 6 Jun - Usahawan-usahawan tempatan yang terbabit dalam industri makanan dan minuman perlu mengambil peluang daripada keyakinan masyarakat dunia terhadap logo halal Malaysia untuk memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasaran produk halal dunia yang mempunyai potensi nilai sehingga $AS2.1 trilion (RM6.4 trilion) itu perlu dikuasai usahawan tempatan sepenuhnya.

Menurut beliau, logo halal Malaysia paling dipercayai di dunia sehingga banyak negara luar membuka kilang di negara ini untuk mendapat pengesahan halal Malaysia bagi membolehkan produk mereka di eksport terutama di negara-negara Asia Barat.

"Usahawan-usahawan tani tempatan sewajarnya menggunakan kesempatan ini untuk menjadi pengeluar produk makanan dan minuman halal utama di dunia," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB 2013) di sini hari ini.

Beliau yang hadir bersama Timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut merasmikan Persidangan Perniagaan Agro-Bio Antarabangsa 2013 yang diadakan sempena pameran itu.

Secara keseluruhannya, penganjuran pameran kali ke-14 itu membabitkan sebanyak 400 gerai dari 25 negara termasuk China, Turki, Thailand, Taiwan dan Singapura.

Menurut Ismail Sabri, Malaysia tidak sewajarnya hanya menjadi pengeluar di peringkat industri huluan kerana industri hiliran menjana keuntungan lebih tinggi.

"Perniagaan melibatkan industri makanan dan minuman mempunyai potensi amat besar kerana di peringkat global nilainya dijangka mencecah $AS6.4 trilion (RM19.7 trilion) pada 2020 berbanding $AS3.5 trilion (RM10.7 trilion) ketika ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri turut mengingatkan usahawan-usahawan industri asas tani mendaftar hak cipta mereka bagi melindungi produk-produk yang dikeluarkan.



 
 


Lagi Pengumuman

Sebelum | Berikut »
Rekod 1 - 5 dari 32



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All