Waktu Solat - Putrajaya
 

PESANAN IMAM SYAFIE


10 Pesanan Imam Syafie :

 

*Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. 


*Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.


*Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.


*Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri        memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang    Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.


*Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu  ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.


*Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia  supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.


*Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan  bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


*Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana  mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur,    menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.


*Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung  kepada serangan iblis.Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia juga  memberi kejayaan dan kemenangan.

 

Sumber: PORTAL RASMI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

 
 


Lagi Artikel

Sebelum | Berikut »
Rekod 1 - 5 dari 8


Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All