
Hakcipta © 2018 Aibay Sdn Bhd, Hakcipta terpelihara
Powered by

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam Tarbiyah al-Awlad 1/331-332 berkata: Para fuqaha pada zaman lampau telah mengharuskan atau menghukumkan makruh, mungkin boleh dikatakan ada pengecualian di sini kerana ilmu perubatan ketika itu belum benar-benar dapat menyingkap bahaya merokok dengan alasan bahawa formula asal sesuatu benda atau perkara itu adalah harus. Tetapi, setelah ilmu perubatan mengetahui kesan buruknya terhadap diri dan jiwa, maka para pakar telah menjelaskan bahayanya terhadap diri seseorang dan masyarakat. Oleh itu, tidak boleh diragukan lagi tentang pengharamannya. Haramnya adalah jelas dan berdosa kerana sifat membinasakannya juga nyata.
Sah puasanya, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci daripada hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.
“Ada hadis sahihain (al-Bukhari & Muslim) yang mengatakan Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub daripada jima’, bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa.” (ibid.)
Wallahu A’lam.
Menurut ulama shafi’iyah terdapat 4 perkara yang menentukan sah atau tidaknya puasa seseorang. Antaranya:
1. Islam
2. Berakal
3. Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
4. Dilaksanakan pada waktunya
Sekiranya seseorang itu didapati telah kering haidnya pada malam bulan Ramadhan, sewajarnya dia segera menyucikan dirinya dengan mengangkat hadas besar(mandi hadas). Ini supaya dia dapat berpuasa pada keesokan harinya setelah berniat pada malam harinya.
Dalam kes ini, sekiranya wanita terbabit tidak sempat untuk mengangkat hadas besar sehingga terbitnya fajar, maka puasanya tidak sah sekalipun telah berniat pada malam harinya. Ini kerana wanita itu masih berada dalam keadaan tidak suci dari haid dan dilarang sama sekali untuk melaksanakan apa jua ibadah fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah puasa.
Wallahu A’lam.
Semata-mata terlintas di dalam hati untuk menceraikan isteri, hukumnya tidaklah jatuh talak. Talak yang disepakati di kalangan ulamak jatuh dan berkuatkuasa ialah talak dengan lafaz yang sarih iaitu satu lafaz yang terang menunjukkan makksud talak dan tidak ada bukti menunjukkan ia bermaksud lain daripada itu.
Oleh kerana talak tidak gugur, maka tidak timbul soal rujuk kembali. Sebagai seorang suami hendaklah dielakkan dari berkeinginan demikian kerana ia merupakan satu perasaan yang dibenci oleh rasulullah SAW. Kalau hendak marah kepada isteri sekalipun, janganlah gunakan lintasan ingin mentalakkannya, sebaliknya perbanyakkanlah istighfar.
Rumahtangga dalam Islam memerlukan banyak kesabaran. Susah payah dan sakit demam ketika mengharunginya adalah ragam hidup orang yang berumahtangga. Orang yang paling baik di kalangan umat Islam ialah yang paling lembut terhadap keluarga sendiri.
Berkenaan dengan soalan ini , secara ringkasnya perkara ini diperselisihkan oleh para fuqaha.Untuk lebih jelas dan terperinci , bolehlah dirujuk link dibawah ini :
http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=275&Itemid=2
Untuk persoalan yang mana lebih didahulukan antara akikah dan korban , maka jawapannya adalah seperti berikut :
Hukum melaksanakan ibadah Akikah adalah sunat Muakkad bagi setiap keluarga yang dikurniakan cahaya mata oleh Allah swt sebagai tanda kesyukuran.Ini dapat digambarkan dengan hadis-hadis Rasulullah saw yang mensyariatkan ibadah tersebut seperti :
Ertinya : ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)
Ertinya : “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )
Maka , jika dilihat kepada 2 hadis di atas , jelas kepada kita semua betapa dituntutnya dalam Islam untuk dilaksanakan ibadah Aqiqah.Berbeza dengan ibadah korban yang disyaratkan akan kemampuan untuk melaksanakannya , sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :
“Barang siapa yang mempunyai kemampuan (untuk berkorban) , tetapi tidak mahu berkorban , maka janganlah ia mendekati tempat solatku”
(HR Ahmad : 8256 , Ibn Majah : 3123 , al-hakim : 4/231)
Hadis di atas jelas meletakkan “kemampuan” sebagai syarat bagi seseorang yang ingin melaksanakan ibadah korban.
Maka , berdasarkan kepada hujah dan pendapat di atas , maka dapatlah disimpukan bahawa melakukan atau mendahulukan ibadah akikah adalah yang dituntut dalam Islam.
Hukum melakukan onani @ melancap itu adalah haram.Panel tegaskan bahawa ia perlu segera bertaubat kepada Allah dengan melakukan taubat Nasuha (sungguh-sungguh).
Islam menyediakan kaedah yang paling praktikal untuk berhenti onani iaitu dengan cara bernikah jika beliau benar-benar mampu dari segi kewangan,sekiranya tidak mampu hendaklah ia berpuasa @ melakukan kerja-kerja sosial agar ia tidak terlalu menumpukan kepada syahwat. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi daging merah seperti lembu,kambing,biri-biri dan kerbau.sentiasa amalkan zikir kepada Allah.
Sekiranya kaedah ini diikuti sepenuhnya maka sedikit demi sedikit penyakit ketagih onani ini akan dapat dikurangkan seterusnya kembali kepada keadaan normal.Wallahu a’alm.
Kedatangan haid dan nifas, jimak (melakukan persetubuhan) dan keluar mani adalah perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar. Hadas besar dihilangkan dengan mandi. Oleh demikian, memadai dengan kita meniatkan di dalam hati ketika mandi; “Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas besar kerana Allah” sama ada mandi kerana haid, kerana nifas, kerana jimak atau kerana keluar mani. Selain itu, menurut ulamak, harus juga meniatkan “Sahaja aku melakukan mandi yang diwajibkan kerana Allah” atau “Sahaja aku mandi untuk mengharuskan perkara yang dilarang tanpa mandi kerana Allah”.
Niat mandi wajib dihadirkan di permulaan mandi iaitu ketika mula-mula menjirus air ke mana-mana bahagian badan.
Untuk penjelasan lengkap tentang Mandi, sila baca di blog Fiqh Anda (MANDI).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. A-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Said bin Abdullah at-Tidi, hlm. 26.
Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN
QADAR
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud
sukatan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang
ghaib.
(Surah
al-Anaam: ayat 59).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa.
Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada
ibubapa.
(Riwayat
Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
SEMUA
PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah
Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh
hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha
dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada
kita nanti.
ANTARA
BENTUK KETAATAN
Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada
Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah
dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala
bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang
aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah
al-Baqarah: ayat 186)
SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan
diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang
hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini
sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada
dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah
yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah
maka manusia perlu kepada usaha dan doa.
Firman Allah Taala
bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri.
(Surah
ar-Rad: ayat 11)
KONSEP QADA DAN QADAR
Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
1.Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
2.Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan
di dunia ini.
3.Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada
bantuan Allah Taala.
4.Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan
hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat
kepadaNya.
Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat
mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan
memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab
tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri
dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya
kepada masyarakat awam.
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita
diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah
dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi
Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya
ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa
al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.
Bersanding adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Antara matlamat diadakan kenduri kahwin adalah untuk melakukan pengisytiharan bahawa hubungan kedua mempelai adalah sah sebagai suami isteri. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan.
Bersanding berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.
Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.
Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.”
Bermaksud: Nabi s.a.w melaknat orang yang menyambungkankan dan meminta rambutnya disambung, orang yang membuat tatto dan orang yang meminta dirinya untuk ditattoo.
Firman Allah taala di dalam surah al- Nur ayat 31:
(Surah al-Nur 31)Maksudnya: “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya.”
“dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.”
(Surah al-Isra’ 26)
Al-Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Bersanding harus dengan syarat tidak melibatkan perkara-perkara di atas.
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS
يسئلونك ماذا Ø£ÙØÙ„ لهم قل Ø£ÙØÙ„ لكم الطيباتMaksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
ويØÙ„ لهم الطيبات ÙˆÙŠØØ±Ù… عليهم الخبائثMaksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)

Hakcipta © 2018 Aibay Sdn Bhd, Hakcipta terpelihara