Soal Jawab


Dalam keadaan ini puan perlu membuat hibah kepada semua dua orang anak puan semasa puan hidup dan letakkan dalam hibah itu bahawa puan berhak memanfaatkannya selama hayat puan dan sekatan untuk tukar nama hibah kecuali selepas kematian puan, wasiat tidak dibolehkan dalam keadaan ini sebab 2 anak perempuan hanya boleh mewarisi 2/3 harta sahaja walaupun ada wasiat untuknya 100% harta, dan bakinya untuk ahli waris yang lain atau baitul mal jika tiada ahli waris.

 

Atau satu cara lain lagi yang lebih baik ialah puan menjual rumah dll kepada 2 anak puan dan tetapkan bahagian pembelian masing-masing. Buat surat yang menyatakan pemjualan dan pembelian itu di buat  w/pun tidak senilai bayarannya dan terdapat saksi dikalangan sanak saudara tentang perkara itu. Selepas kematian puan nama akan ditukarkan dan 2 anak puan akan mendapat hak mereka mengikut sebagaimana kehendak puan.



Waalaikumussalam.
Sah perkahwinan pengantin lelaki (anak angkat ) berakad nikah dengan namanya yang digabung dengan nama bapa angkat (walaupun hakikatnya, pergabungan iaitu berbinkan bapa angkat adalah haram di sisi Islam). Adalah dinasihatkan anak tersebut menukar namanya kepada bapa kandung sekiranya ia sedar bahawa berdosa membinkan nama kepada bapa angkat. Cuma bagi pengantin perempuan sahaja sekiranya dia merupakan anak angkat wajib diwalikan oleh ayah kandungnya. Ataupun sekiranya tiada wali hendaklah berwalikan hakim. Ayah angkat tidak boleh mewalikan anak angkatnya.


Sembahyang jenazah boleh dilaksanakan beberapa kali, contohnya kali pertama jenazah disembahyangkan oleh ahli keluarga di rumah kediamannya, manakala kali ke dua dilaksanakan di masjid oleh ahli qariah

Saudari yang dirahmati Allah swt

Sudah menjadi satu adab kita menghormati kitab suci al-Quran dimana setiap kali kita selepas emmbacanya maka kita terus mencium al-Quran tersebut. Ia tidak menjadi satu kesalahan malah dengan niat yang baik agar rasa cinta sentiasa subur terhadap al-Quran.

Tidak mencium al-quran itu tidak dikira berdosa.



Mengenai ramalan mimpi, ia tidak sepatutnya dipercayai. Jika dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad.Mengenai Solat Istiharah pula, ia dilakukan apabila seseorang itu sedang berhadapan dengan pelbagai pilihan termasuklah dalam persoalan jodoh. Namun begitu, bukanlah semestinya selepas mengerjakan Solat Istiharah ini
seseorang itu mesti bermimpi (mendapat jawapan). Bahkan kemungkinan dia akan memperoleh jawapan dari cara yang lain contohnya seperti hati yang
tenang dalam membuat pilihan yang tepat, terasa selesa dengan pilihan yang dibuat dan sebagainya. Dalam pada itu, Solat Sunat Istiharah ini adalah lebih baik jika dilakukan selepas jam 12 tengah malam dan selepas melakukannya adalah lebih baik sekiranya tidak lagi berbual-bual kosong serta isikan masa yang terluang
(sebelum tidur) dengan bacaan al-Quran ataupun berzikir

 

    • Sembahyang istihikorah adalah suatu tuntutan dalam menentukan atau membuat pilihan terhadap sesuatu yang diragui untuk mendapat petunjuk melalui gerak hati ataupun melalui mimpi . Namun, perlu juga diingatkan bahawa peranan akal juga amat penting dalam mencari jodoh seperti melihat kesesuaian dari segi umur, ilmu pengetahuan, aspek keturunan,agama, harta, kecantikan dan sebagainya. Terpulanglah pada anda untuk membuat pemilihan yang terbaik kerana perkahwinan itu ialah pembinaan rumah tangga secara berterusan. Wallahua’lam.



Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

1. Mandi wajib anda adalah sah. Hal ini adalah kerana bahagian dalam lubang hidung dan juga bahagian dalam mulut bukanlah termasuk di dalam bahagian badan yang perlu dikenakan air.

Ringkasnya, bahagian badan yang wajib dibasahkan semasa mandi hanyalah bahhagian luar badan sahaja termasuklah bahagian celah-celah kelengkang, punggung dan ketiak. Manakala bahagian dalam seperti lubang hidung dan mulut tidak wajib untuk dibasuh. Walau bagaimanapun, jika padanya terdapat benda-benda yang najis, ia perlu dibasuh kerana ia dihukumkan najis.

 

2. Mengenai masalah anda sering mengulangi membaca niat mandi wajib sampailah anda selesai mandi, ia boleh menyebabkan mandi wajib yang anda lakukan tidak sempurna dan ini akan menyebabkan mandi tersebut tidak sah.

Ringkasnya, niat mandi hanya perlu dibuat sekali sahaja, iaitu sewaktu air mula-mula sampai ke badan. Selepas itu, teruskan mandi hingga ke akhirnya.

Perlu diingatkan, jika anda mengulang lagi niat tersebut (niat kali kedua), ia akan membatalkan niat yang telah anda buat sebelum itu (niat kali pertama). oleh itu, anda perlu berniat lagi sekali (niat kali ketiga) bagi mengesahkan bahawa mandi yang anda lakukan itu adalah mandi wajib dan bukannya mandi yang biasa anda lakukan setiap hari.

Selain itu, apabila anda mengulangi niat mandi wajib, ini bermakna bahagian badan yang telah dibasahkan sebelum ini perlu dibasuh semula kerana berulangnya niat mandi anda.

Jika tidak dibasuh lagi, ia akan menyebabkan mandi tersebut tidak sah kerana terdapatnya bahagian badan yang tidak dibasuh sedangkan rukun di dalam mandi wajib memerlukan keseluruhan badan dibasahkan dengan air. Wallahu ‘alam.



wa’alaikumussalam wrh wbt.

Terima kasih kepada saudari yang sudi bertanya.

Saya anggap ianya masalah picisan yang timbul di dalam masyarakat kita. Boleh saya katakan golongan ini, masih terbawa-bawa idealogi (cara berfikir) sejak dahulu lagi, mungkin sudah terbiasa melakukan sebab tiada orang yang sudi menegur, maka ianya sudah menjadi kebiasaan. Pendek kata membuat sesuatu tanpa ILMU.

Jujurnya, solat para jamaah masih lagi SAH asalkan tidak meninggalkan rukun solat, dan syarat sah solat, kerana merapatkan soff itu ialah sebahagian daripada kesempurnaan solat. Ibarat sebuah rumah tanpa tandas, walaupun dari sudut fizikal rumah berkenaan boleh didiami, tapi ianya belum sempurna disebabkan tuan rumah tidak peka maslahat ‘perut’. Begitu juga solat itu tadi, masih lagi sah tapi belum sempurna. Apabila belum sempurna, maka kita tidak layak memperolehi pahala penuh.

Dalam hal ini, orang berilmu seperti saudari yang patut memberitahu, bukan menegur. Ingat.. kita hanya memberitahu (menyampai) atas kondisi kita lebih tahu daripada mereka, bukan menegur disebabkan kita lebih tua daripada mereka.

wallahu ‘alam.



Wanita yang baru bersalin mengalami darah nifas. Perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang nifas sama dengan wanita yang haid, iaitu tidak boleh solat, puasa, tawaf dan seks. Maksud seks di sini ialah suami menyentuh vagina atau memasukkan zakarnya ke vagina isteri. Adapun selain itu, suami dibolehkan bermain-main dan menyentuh isteri yang sedang nifas atau haid.

Oleh itu suami boleh mengadakan hubungan seks yang memasukkan zakarnya ke vagina isteri selepas isteri berhenti dari nifas atau setelah nifas berubah menjadi darah istihadhah. Para ilmuan Islam berbeza pendapat berkenaan bilakah tempoh maksima nifas. Ada yang berkata enam puluh hari dan ada yang berkata empat puluh hari selepas kelahiran. Akan tetapi hadis-hadis yang menyatakan tempoh ini semuanya memiliki kelemahan di dalamnya.

Syaikh Musthafa al-‘Adawy dalam bukunya Jami’ Ahkam al-Nisa’, ms. 206-207 telah menerangkan kelemahan hadis-hadis tersebut. Justeru beliau membuat kesimpulan bahawa pendapat yang paling tepat bagi tempoh maksima nifas ialah sehingga pendarahan itu berhenti sepenuhnya atau sehingga ia berubah warna dan ciri-ciri (istihadhah).

Oleh itu anda dan suami boleh mengadakan hubungan seks apabila nifas telah berhenti sepenuhnya atau apabila ia berubah menjadi darah istihadhah. Tempoh tiga bulan atau 100 hari adalah adat sebahagian orang-orang tua kita, maka perbetulkanlah mereka secara hikmah dan sopan.



Wassalam,

Dalam persoalan ini, apabila seorang suami menyamakan tubuh badan isterinya dengan mana-mana wanita yang mempunyai hubungan mahram dengannya adalah dikira telah menzihar isterinya.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan anda ini, Panel menasihatkan supaya anda merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat anda untuk mengetahui status kes anda ini. Adakah kerana kejahilan mengenai hukum Zihar boleh menyebabkan tidak berlaku hukum Zihar ataupun bagaimana keadaannya, perlulah diserahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk menentukannya.

Oleh itu, bersegeralah rujuk kes ini kepada pihak mahkamah demi untuk menjaga kesucian hukum Islam. Wallahu ‘alam.



Jika mampu ianya tidak di kaitkan dengan pembaziran bahkan di sunatkan melakukan perkara demikian sebagaimana hadis Nabi s.a.w “Sesungguhnya Allah suka melihat kesan nikmatnya atas hamba-hambanya”.

Sebab itu Anas bin Malik seorang sahabat nabi memakai baju mewah di zamannya yang dikatakan bernilai 10,000 dinar sehelai. 1 dinar = 2.5g emas tulin. Dan ketika ditanya beliau membaca hadis nabi di atas.