Soal Jawab


Hari-hari yang diharamkan berpuasa:-

  1. Hari Raya Puasa
  2. Hari Raya Korban
  3. Hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun )
  4. Hari Syak iaitu hari yang diragui adakah awal Ramadan atau masih akhir bulan Sya’ban.
  5. Bermula pada pertengahan bulan Sya’ban hingga akhir Sya’ban bagi
    mereka yang tidak memulakan puasa sunat sebelum tarikh tersebut.

Hari-hari yang disunatkan berpuasa:-

  1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal.
  2. Puasa hari isnin dan Khamis.
  3. Puasa hari Tasu’a iaitu hari ke 9 Muharram setiap tahun.
  4. Puasa hari ‘Asyura iaitu hari ke 10 Muharram setiap tahun.
  5. Puasa hari ‘Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah setiap tahun bagi mereka
    yang tidak mengerjakan haji.
  6. Puasa hari Putih iaitu pada hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan Qamariyyah (Hijrah).



Apabila perkahwinan di bubarkan ini beerti perkahwinan itu tidak sah di sisi syarak. Banyak sebab kenapa perkahwinan itu tidak sah antaranya masaalah wali. Justeru anak itu adalah anak wali Syubhah (Persetubuhan dalam perkahwinan yg meragukan ini jika tak tahu/jahil, jika sengaja maka jatuh hukum zina). Undang-undang kita tidak mengiktiraf anak tersebut sebagai anak sah taraf, justeru pejabat pendaftaran tidak boleh menerima “suami yg tak sah” sebagai ayahnya kecuali mendapat perintah sebaliknya dari Mahkamah. Utk urusan perkahwinan di JAWI perlu mengikut semua prosedur biasa termasuk kursus kahwin. Justeru penal menasihatkan agar pasangan lain mengambil pengiktibaran dari apa yang telah terjadi ini dan jangan bertindak semberono dlm urusan kahwin. Semoga Allah mengampuni saudari atas kejahilan saudari.

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hukum mengucapkan selamat menyambut hari Krismas ataupun perayaan-perayaan yang lain adalah diharuskan. Ringkasnya, memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Malah, kita boleh niatkan semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala selamatkan mereka daripada kesesatan dan kekufuran mereka dan kurniakan mereka taufiq dan hidayah seterusnya terbuka hati mereka untuk memeluk Islam.

Namun begitu, apa yang dilarang kepada umat Islam ialah menyambut perayaan tersebut (perayaan agama mereka) bersama-sama mereka seperti mana kita menyambut perayaan kita sendiri khususnya di rumah-rumah ibadat mereka ataupun di majlis-majlis yang khusus dibuat untuknya. Adapun menziarahi mereka di rumah-rumah mereka adalah tidak dilarang. Malah ia dapat menggambarkan kepada mereka tentang prinsip Islam yang mengamalkan sikap mesra terhadap golongan bukan Islam.

Dalam hal ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala ada berfirman, maksudnya:

8. Allah    tidak    melarang    kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi   kamu   kerana   ugama (kamu),   dan   tidak   mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya     Allah     mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

9. Sesungguhnya   Allah   hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi   kamu   kerana   ugama (kamu),  dan  mengeluarkan   kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu    (orang    lain)     untuk mengusir   kamu.   Dan   (ingatlah), sesiapa  yang  menjadikan   mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

(Surah al-Mumtahanah 60:8-9)

Semoga dengan itu dapatlah kita gunakan kesempatan dan kelonggaran yang diberikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kita untuk berdakwah dan memperlihatkan kepada mereka cara hidup Islam yang begitu sempurna dan amat bersesuaian dengan kehendak hidup seorang manusia yang normal. Wallahu ‘alam



Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.

Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.

Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.

Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.

Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.

Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahawa insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman (mafhumnya): “Katakanlah ‘Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja…(hingga akhir ayat).” – Surah an-Naml ayat 65

Firman Allah (mafhumnya): “Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun.” – Surah al-Jinn, ayat 26.

Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A’ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.

Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?

Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.

Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): “…Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri…(hingga akhir ayat).” – Surah al-Baqarah, ayat 102.

Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.

Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.

Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.

Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.

Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.

Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.

Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.

Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.

Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.

Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.

Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam. Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir. Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.

Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari ‘si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya’ atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya. Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.

Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.

Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.

“Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain.” (Hadis riwayat A’ishah r.anha)

Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.

Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan.

Wallahua’lam.

Sumber: HarakahDaily.my



Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

 

Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka’bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

 

Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa.

Wallahu A’lam.



Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dalam persoalan ini, anda tidak dikategorikan sebagai seorang yang murtad sehinggalah anda melakukan perkara yang boleh menyebabkan tergugurnya aqidah anda seperti melakukan penyembahan berhala ataupun sesuatu yang lain selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, anda tidak mengucapkan perkara-perkara yang menafikan tentang kewujudan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun lainnya.

Ringkasnya, selagi anda tidak melakukan perbuatan yang syirik, kata-kata yang syirik dan juga aqidah anda masih tetap pada Tuhan yang satu, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka anda adalah masih sebagai seorang muslim.

Adalah dinasihatkan supaya anda perbanyakan istighfar dan bertahlil bagi mengisi jiwa anda yang kosong. Jangan benarkan dan memberi peluang kepada syaitan dan anak cucunya untuk membisikkan sesuatu yang  mungkar di dalam hati anda. tenangkanlah hati dan jiwa anda dengan zikir. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maksudnya:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikru’llah “. Ketahuilah! Dengan “dzikru’llah” itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Ar-Ra’d 13: 28)

Wallahu ‘alam.

http://tanya-ustaz.com

1. Terdapat hadis menegaskan;

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ، وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ

 “Sesiapa mengambil harta orang lain dengan keinginan untuk membayarnya, Allah akan membayar bagi pihaknya. Sesiapa mengambilnya dengan keinginan untuk memusnahkannya (yakni tiada keinginan untuk membayarnya), Allah akan memusnahkannya” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah RA. Soheh al-Bukhari, Kitab al-Istiqradh…, hadis no. 2387).

Menurut penjelasan ulamak; maksud “mengambil harta orang lain’ merangkumi mengambilnya sebagai hutang, mengambilnya untuk menyimpanya (wadi’ah), melalui melalui satu bentuk mu’amalah atau lain-lainnya. Ia tidak terikat dengan mengambil secara zalim sahaja. Maksud; “dengan keinginan untuk membayarnya” ialah; berniat untuk membayarnya ketika di dunia.

Maksud “Allah akan membayar bagi pihaknya” ialah; Allah akan membantunya untuk membayarnya atau Allah akan melapangkan rezkinya sehingga ia dapat membayar hak orang lain sebelum kematiannya. Atau boleh juga difahami dengan maksud doa dari Nabi SAW, iaitu; “Semoga Allah akan membayar bagi pihaknya”. Menurut Imam al-Munawi; makna zahir hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa berniat untuk menunaikan/membayar (hutang kepada orang lain yang tertanggung atas bahunya), kemudian ia mati sebelum sempat membayarnya kerana kesusahannya atau kerana matinya secara tiba-tiba, Allah tidak akan mengambil dari kebaikan-kebaikannya di akhirat (untuk dibayar kepada pemilik hutang tadi), akan tetapi Allah akan menjadikan pemilik hutang redha kepadanya (dan tidak menuntut haknya)” (Faidhul-Qadier, hadis no. 8351).

Maksud “mengambil dengan keinginan untuk memusnahkannya” ialah mengambil hak orang lain tanpa berniat membayarnya. Maksud “Allah akan memusnahkan hartanya” ialah; Allah akan memusnahkan hartanya di dunia dengan mentakdirkan banyak berlaku dugaan kepadanya, kerugian demi kerugian, musibah dan terhapusnya barakah, dan di akhirat pula Allah akan menghukumnya kerana hak orang lain tersebut.

Abu Hurairah RA menceritakan; Suatu hari Nabi SAW pernah bertanya sahabat-sahabatnya; ‘Tahukah kamu siapa orang muflis?’. Mereka menjawab; ‘Orang muflis mengikut kefahaman kami ialah seorang yang tidak memiliki wang (untuk membayar hutangnya) dan tidak pula memiliki barang (untuk digadai bagi membayar hutangnya)’. Lalu Nabi bersabda; “Seorang muflis dari kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) ia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah oang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian dari pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditapukkan ke atasnya hingga akhirnya ia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (HR Imam Muslim. Soheh Muslim, kitab al-Birri wa as-Shilah wa al-Adab, hadis no. 2581).

2. Untuk soalan kedua; hendaklah berusaha mengingati siapa pemilik hutang tersebut,kemudian mencarinya dan menyerahkan kembali wangnya. Jika ia sudah meninggal hendaklah diserahkan kepada waris-warisnya. Jika masih tidak berupaya mengingati siapa pemilik hutang itu atau ia tidak dijumpai setelah puas mencarinya dan begitu juga waris-warisnya juga tidak dijumpai, hendaklah duit hutang itu disedekahkan kepada fakir miskin atau kepada mashalah-maslahah am agama dan kaum muslimin (pembinaan masjid, imarah masjid, pengajian Islam, program dakwah dan seumpamanya) dan diniatkan sedekah itu untuk pemilik hutang tersebut. Namun jika setelah disedekahkan hutang tersebut, tiba-tiba muncul pemiliknya, wajib dibayar hutangnya dan pahala sedekah tadi berpindah menjadi milik orang yang memberinya.
Rujukan;

1.      Faidhul-Qadier (Syarah al-Jami’ as-Saghier), Imam al-Munawi, hadis no. 8351.
2.      Minhatul-Bari Fi Khidmati Soheh al-Bukhari (Syeikh Mustafa al-Bugha), hadis no. 2275.
3.      Subulus-Salam (Syarah Bulughul-Maram), kitab al-Buyu’ Abwab; as-Salam wa al-Qardh wa ar-Rahn, no. hadis 876.
4.      Fatwa Muhammad Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com), no. 132202.

Posted by 

Harus melakukan jamak dan qasar bagi orang yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja jika jarak perjalanannya melebihi 2 marhalah (85-90km) -berdasarkan jarak sehala- dan tempoh menetap di tempat kerja kurang 4 hari (tidak termasuk hari tiba dan hari pulang), walaupun musafir itu berlaku setiap hari. Kelonggaran untuk melakukan jamak dan qasar adalah dengan sebab safar (perjalanan), maka apabila ada/wujud sebab tersebut, haruslah kelonggaran itu di ambil walaupun setiap hari atau berulang kali kerana ia adalah sedekah Allah untuk hamba-hambaNya.

Bermula keharusan jamak dan qasar itu ialah apabila kita telah keluar dari rumah dan melepasi daerah/qariah/kawasan penempatan kita dan keharusan itu tamat apabila kita memasuki semula daerah

Tiada apa-apa kesalahan menulis إِنْ شَاءَ اللهُdalam ejaan rumi dengan INSYAALLAH. Orang yang menulis INSYAALLAH sudah tentu memaksudkan: “Jika Diizinkan Allah”. Tak boleh memberat-beratkan umat Islam, atau membimbangkan mereka dalam perkara-perkara remeh temeh seperti ini, apatah lagi kalimah itu ditulis dalam ejaan rumi yang tak boleh dijadikan ukuran betul ataupun salah dalam bab seumpama ini. Tidak boleh sama-sekali mengatakan sesiapa yang menulis INSYAALLAH bermakna orang itu telah menyatakan dia yang menciptakan Allah, dakwaan ini amat-amat longgar. Ringkasnya mana-mana kalimah atau ayat arab yang ditulis dalam ejaan rumi dikembalikan kepada maksud yang telah sedia difahami umum.

 

Sumber : myibrah.com

1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya.

 

Sumber: http://abuumair1.wordpress.com/