
Hakcipta © 2018 Aibay Sdn Bhd, Hakcipta terpelihara
Powered by

Jawapan;
1. Kuiz ilmiah yang menjanjikan hadiah perlu dilihat pada beberapa segi;
2. Khusus bagi program “Who wants to be a milionaire” telah terbit fatwa dan pandangan dari beberapa ulamak mengharamkannya, antaranya;
Sebab pengharaman secara amnya adalah kerana terdapat unsur perjudian di dalamnya.
Walallahu a’lam.
Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-77 pada 10 hingga 12 April 2007 telah memutuskan bahawa sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar negara adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur riba dan gharar. Oleh yang demikian saudari hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan perniagaan berkenaan.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai perbuatan memasukkan kemaluan suami ke dalam mulut isteri ataupun dikenali dengan oral seks, para ulama berbeza pendapat mengenainya. Ada di antara mereka yang membolehkannya dan ada juga yang melarangnya.
Hal ini adalah disebabkan oleh tidak ada dalil yang jelas menerangkan tentang larangan perbuatan tersebut. Sebagai kesimpulannya:
1. Golongan yang mengharuskannya:
Dr. Yusuf Al-Qardawi berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya.
Menelan atau menghisap cecair tersebut adalah MAKRUH di sisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Menurutnya lagi, perbuatan tersebut diizinkan selagi mana ia dapat menghadirkan kepuasan seksual kepada sesebuah pasangan suami isteri di dalam melakukan hubungan kelamin.
2. Golongan yang mengharamkan perbuatan tersebut:
Kebanyakan daripada ulama Saudi.
Menurut mereka, kemaluan suami adalah jalan keluarnya mani, mazi dan sebagainya. Jika air-air tersebut memancut, maka ia akan mengeluarkan juga air mazi yang dihukumkan najis menurut kesepakatan ulama.
Selain itu, seorang pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi mengatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak bilangannya jika dibandingkan dengan yang terdapat di kemaluan, justeru itu beliau menyatakan tindakan melakukan oral seks dibimbangi boleh membawa penyakit kepada kemaluan pasangan akibat daripada terdapat banyaknya kewujudan bakteria dan kuman di dalam bahagian mulut pasangan.
Malahan, perbuatan tersebut sebenarnya adalah kelakuan sesetengah haiwan seperti anjing, dan kita dilarang untuk mencontohi perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana spesis haiwan. Oleh itu adalah wajar bagi setiap Muslim merasa bahawa dirinya adalah lebih tinggi dan mulia daripada seekor haiwan.
Di samping itu, Rasulullah s.a.w juga melarang menyerupai dengan orang kafir sama ada akhlak mereka, pakaian, perbuatan dan sebagainya.
Nota:
Menurut undang-undang Malaysia, perbuatan oral seks adalah satu perkara yang tidak normal. Ia adalah perbuatan yang khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
Oral seks juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabii.
Melakukannya adalah satu kesalahan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara. Wallahualam.
Sebarang perniagaan adalah haram jika ia mempunyai unsur-unsur berikut :
1. Penipuan dan penyelewengan
2. Tidak pasti tentang sumber-sumbernya
3. Tiada akad
4. Penindasan
5. Tempat perniagaan yang tidak jelas
Skim piramid dilarang oleh Islam kerana ia mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya mengenakan yuran keahlian yang tinggi, tiada hak pemulangan dan tiada kontak bertulis antara pihak-pihak yang terlibat.
Waalaikumussalam. Menurut Qaul al-Shafieyyah, bacaan Qunut dalam solat Subuh adalah Sunat Ab ad (Sunat yang diberati). Sekiranya terlupa baca, sunat sujud sahwi. Solat Subuh masih sah kerana meniggalkan Sunat Ab ad. Wallahualam.
Azan adalah amalan yang sunat dilakukan apabila lahirnya seorang bayi ke dunia ini. Ia dilakukan adalah bermatlamatkan agar suara yang pertama yang dia dengar apabila lahir sahaja ke alam nyata ini adalah kalimah Allah. Oleh itu, adalah lebih wajar dan lebih afdal sekiranya setiap bayi yang lahir diazan dan diiqamat seorang demi seorang. Oleh itu, boleh diazankan bayi berkenaan pada hari berikutnya sekiranya terlupa.
Waalaikumussalam. Adalah tidak berdosa jika tidak melaungkan azan kerana ia merupakan perkara sunat, jika dilakukan mendapat pahala dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Dalam situasi ini, adalah harus bagi isteri tersebut untuk iqamat dengan syarat tidak ada jemaah lelaki yang lain solat bersama mereka. Jika ada jemaah lelaki, adalah lebih afdal bagi jemaah lelaki melakukannya. Wallahualam.
Beristighfar iaitu memohon keampunan Allah seperti yang anda amalkan itu adalah sebahagian daripada doa kepada Allah. Doa seorang hamba kepada Allah termasuk dalam ibadah kepada Allah.
Berdoa adalah salah satu ibadah di luar sembahyang selain membaca al-Quran dan berzikir. Islam melihat berdoa kepada Allah sangat penting. Ia dapat menjalin hubungan yang erat antara seorang hamba dengan Allah.
Sebagai manusia dan hamba kita tidak terlepas daripada melakukan dosa dan memerlukan pertolongan Allah. Berdoa antara sebahagian daripada usaha dan ikhtiar.
Berdoa kepada Allah menandakan seorang hamba kembali kepada Allah dan merendah diri kepadaNya. Apabila menyedari kepentingan doa sebagai ibadah dan cara memohon serta berhubung dengan Allah, kita tidak perlu berasa bersalah untuk memohon apa saja daripada Allah seperti yang dinyatakan.
Janganlah ada perasaan malu atau ‘sombong’ untuk memohon segala permintaan kepada Allah kerana ia sebahagian daripada usaha.
Sekiranya permintaan atau doa kita tidak dimakbulkan, anggaplah ia yang terbaik daripada Allah untuk kita.
Kita sepatutnya tidak berasa malas untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah.
Hakcipta © 2018 Aibay Sdn Bhd, Hakcipta terpelihara