Soal Jawab


Pada dasarnya adalah sama, tetapi terdapat perbezaan dan kelainan daripada segi tekniknya iaitu seperti berikut:


• Orang lelaki tidak ada cuti keuzuran yang membolehkan mereka tidak solat, sedangkan kaum perempuan ada keuzurannya sama ada cuti semasa datang haid ataupun cuti semasa bersalin iaitu wiladah dan nifas.


• Aurat lelaki dalam solat adalah antara pusat dan lutut, sedangkan aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.


• Orang lelaki merenggangkan kedua siku daripada rusuknya semasa rukuk dan merenggangkan perut daripada paha semasa sujud sedangkan perempuan adalah sebaliknya.


• Orang lelaki menegur imam yang tersalah dalam solat dengan ucapan tasbih, sedangkan perempuan hanya perlu menepuk tapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri.


• Orang lelaki membaca nyaring pada rakaat pertama dan kedua semasa solat maghrib, isyak dan subuh, sedangkan orang perempuan tidak dituntut berbuat demikian.

Solat menurut bahasa ertinya doa manakala daripada segi istilah adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam berserta syarat-syarat yang ditetapkan.