K-masjid

Password Recovery

Fortgot your password? Don't worry we can deal with it

Masjid Nur Al-Jannah

Waktu Solat - Putrajaya
Next
Aktiviti Seterusnya
No Aktiviti
Program Keluarga Bebas Dadah
Tarikh Terbit : 03 Mei 2012
 

Satu aktiviti Program Keluarga Bebas Dadah telah diadakan pada 22 April 2012 bersempena dengan penghayatan 1Malaysia.Program ini telah diadakan seawal jam 8.00 pagi yang dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Yahya Bin Husin, Timbalan Ketua Menteri,Merangkap Menteri Pertanian & Industri Makanan.Turut hadir dalam program tersebut Pengerusi Masjid Nur Al jannah Petagas dan JKKK.Program ini adalah hasil kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan & Komuniti 1Malaysia Kg. Petagas. Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan memancing dan karoke, pameran antidadah dan cabutan tiket bertuah. Syabas kepada pihak penganjur atas inisiatif menganjurkan program-program yang amat bermakna ini. 

 

Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan memancing. Tidak ketinggalan kanak-kanak.

 

 Pameran antidadah yang disertai oleh Klinik Cure & Care, Papar Sabah.

 Sebilangan penduduk kampung yang turut memeriahkan program tersebut.

 

Antara peserta pertandingan karoke yang mengambil bahagian.

 

 Kanak-kanak turut menghiburkan penonton dengan persembahan tarian sementara menantikan keputusan pertandingan karakoe disamping cabutan tiket bertuah.

 

pic

 

 Pengerusi Masjid Nur Al Jannah Petagas dan JKKK sentiasa bersama penduduk kampung memeriahkan program tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 
 


Lagi Aktiviti

Sebelum | Berikut »
Rekod 1 - 5 dari 9



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All
>