K-masjid

Password Recovery

Fortgot your password? Don't worry we can deal with it

Masjid Al-Jamiul Badawi

Waktu Solat - Putrajaya
Next
Aktiviti Seterusnya
No Aktiviti
Pusat belanja RM200 juta pembangunan Islam di PP
Tarikh Terbit : 28 September 2013
 

BUKIT MERTAJAM 27 Sept. - Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM200 juta untuk tujuan pembangunan agama Islam di Pulau Pinang sejak tahun 2008, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Katanya, peruntukan itu melibatkan pembinaan 14 buah masjid baharu dengan kos RM76.2 juta dan RM130.6 juta lagi adalah bagi tujuan pembayaran gaji dan elaun pegawai agama di negeri itu serta pembaikan surau-surau.

Beliau berkata, perkara itu jelas menunjukkan kerajaan persekutuan tidak pernah menyisih dan menganak-tirikan Pulau Pinang terutamanya dalam soal pembangunan dan pengembangan syiar Islam walaupun negeri ini dikuasai pembangkang sejak lima tahun lalu.

"Sejak tahun 2008 sehingga kini, kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan yang begitu besar kepada Pulau Pinang bagi tujuan memperluaskan syiar Islam termasuklah pembinaan masjid-masjid baharu dan pembayaran elaun serta gaji pegawai-pegawai agama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Masjid Jamek Tasek Junjong, di sini yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas. - BERNAMA

 




 
 


Lagi Berita

Sebelum | Berikut »
Rekod 1 - 5 dari 6



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All
>