Waktu Solat - Putrajaya
Dugaan besar sahur pertama
Tarikh Terbit : 30 Jun 2014
 

 

Kunak: Kira-kira 500 penduduk perkampungan air yang dalam persediaan untuk bersahur pada hari pertama Ramadan, semalam, terjejas dan kini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, dekat sini, awal pagi semalam.
 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, sebanyak 100 rumah setinggan dan 50 rumah kedai gagal diselamatkan selepas api merebak dengan pantas akibat kebakaran yang dipercayai berpunca dari salah sebuah stor berhampiran restoran di kawasan berkenaan.
 

Seorang penduduk, Sarinah Adlana, 34, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dikejutkan jiran yang menjerit meminta mereka sekeluarga menyelamatkan diri.
 

“Ketika kejadian, saya sudah tidur bersama anak-anak tetapi terkejut apabila terdengar jeritan jiran meminta kami keluar dari rumah dan saya terkejut apabila melihat api sedang marak di luar rumah.
 

“Tanpa berlengah, saya mengumpulkan keenam-enam anak saya dan ibu untuk keluar dari rumah tetapi api yang semakin marak menyebabkan jambatan turut ranap dijilat api,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Sri Kunak, di sini, semalam.
 

Sumber: Harian Metro


 
 


Lagi Berita

« Sebelum | Berikut »
Rekod 6 - 10 dari 640



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All