Waktu Solat - Putrajaya
Bincang fatwa berkait militan
Tarikh Terbit : 09 Julai 2014
 

 

Kuala Lumpur: Kerajaan berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa berhubung hukum bagi mereka yang terbabit dengan kegiatan kumpulan militan.
 

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum fatwa itu dikeluarkan, satu kajian terperinci perlu dilakukan bagi melihat kesesuaian fatwa berkenaan.
 

“Nanti kami tengok...kami bincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (untuk mengeluarkan fatwa), tengok kesesuaian, sesuai atau tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.
 

Sehingga kini tiada fatwa rasmi daripada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum terhadap rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan militan.
 

Bulan lalu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dipetik oleh media sebagai berkata, istilah jihad tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks isu di Syria kerana ia melibatkan konflik sesama Islam dan adalah tidak adil untuk mengisyhtiharkan pihak yang ditentang itu sebagai bukan Islam.
 

Polis pula baru-baru ini menahan 19 rakyat tempatan yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan dan mempunyai hubungan dengan militan di luar negara.
 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini dipetik sebagai berkata, polis masih memburu lima individu kerana terbabit dengan kegiatan militan di luar negara.
 

Mereka ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 35, pemilik kedai photostat dan alat tulis yang dikatakan beroperasi di UM, Mohd Najib Husen, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan dua penduduk Tawau, Sabah, iaitu Mohd Amin Baco, 30, dan Jeknal Adil.
 

Jamil Khir berkata kerajaan juga akan menyiasat dakwaan kononnya anggota militan terbabit mempunyai kaitan dengan kumpulan tabligh tertentu di negara ini.– BERNAMA
 

Sumber: KOSMO

 


 
 


Lagi Berita

« Sebelum | Berikut »
Rekod 6 - 10 dari 640



Pengiklanan

Dapatkan tawaran istimewa khas diskaun untuk ahli K-Masjid

All