Hakcipta © 2016 K-masjid, www.kmasjid.com.my. Hakcipta terpelihara
Masjid Al-Ehsan ini merupakan masjid baru yang di bina pada tahun 1.... ...More
Masjid ini telah dibuka kepada orang ramai pada 2 September 1.... ...More
Masjid Al Kauthar Paya Perlis dibangunkan pada tahun 1925 pada kelu.... ...More
Terletak di wilayah tengah Negeri Sarawak, bahagian Sarikei merupak.... ...More
Masjid Sri Aman merupakan mercu tanda kepada umat Islam di bahagian.... ...More
Bangunan yang berusia 40 tahun ini adalah nadi bagi setiap aktiviti.... ...More
Masjid Jabal An-Nur Kapit terdiri daripada dua tingkat yang berkapa.... ...More
Penaga ialah sebuah kawasan penduduk yang terletak di dalam .... ...More
|
Tarikh Terbit : 19 September 2014 | |
Mekah - Program Warga Emas bukan sahaja membantu jemaah yang berseorangan mendapatkan teman semasa masya'ir, iaitu ketika wukuf di Arafah, bermabit di Mudzalifah dan melontar di Mina, malah memperlihatkan keprihatinan, warga Tabung Haji (TH).
Program tanggungjawab sosial korporat membantu jemaah yang berusia 65 tahun ke atas ini melibatkan petugas TH serta Petugas Ambilan Musim (PAM) yang bertanggungjawab menjaga dan mengiringi 50 jemaah haji warga emas, terdiri daripada 25 jemaah lelaki dan 25 jemaah wanita.
Pengurus Unit Kaunseling TH, Fauziah Ahmad berkata, jemaah lelaki akan dijaga oleh PAM dan jemaah wanita oleh petugas wanita TH secara bergilir 24 jam sehari, bermula pada 8 Zulhijjah.
“Mereka bukan sahaja membantu jemaah haji yang terpilih untuk menjalankan ibadah, tetapi juga akan menjaga makan minum serta membawa ke bilik air dan menemani mereka sepanjang masa,” katanya kepada media Malaysia semasa proses temuduga saringan pertama 11 jemaah haji, termasuk lima wanita dari Maktab Abraj Al Janadiriyyah, di sini hari ini.
Temuduga itu dikendalikan Pengarah Operasi (Bimbingan), Tengku Aziz Raja Abdullah, Dr. Suhana Muhamad dari unit kesihatan dan kaunselor, Mohd. Noor Ikhram Husin. - Bernama Sumber: KOSMO
| |
![]() ![]() | |
Lagi Berita
| |
Hakcipta © 2016 K-masjid, www.kmasjid.com.my. Hakcipta terpelihara